Wednesday, 11 January 2012

Sibling my soul

Asalammualaikum!
Tadi duduk diam, tiba-tiba adik Afiq , Nursirajmunir Binti Azman Shah update about kami empat orang adik beradik, sangat touching bila afiq baca post ini. Afiq sayangkan adik-adik dan abang saya. Kalau afiq cerita macam ulang jee , so afiq Copy and Paste cerita my sis ni. hehe. (Dia tak kisah okay) :)

So ini cerita kami empat orang yang dilahirkan Oleh umi Hasliza Binti Muhamad, afiq sayang umi sangat-sangat , tanpa umi tiada lah afiq dapat adik-beradik yang Indah macam ni . 



Emm, aku bersyukur sangat sebab adik-beradik aku sangat rapat each other! Tipu lah kalau aku cakap tak pernah gaduh, kami kalau gaduh sampai pecah-pecah rumah tu. haha! tapi kami jarang gaduh lagi-lagi aku sebab aku BAIK! =P

Sebenarnya aku duduk tengok2 video and gambar adik-beradik aku ni haa, comel sangat and teringin nak share dengan awoookkk semua pasal adik-beradik saya (Y). Bukan aku yanng cakap kami ni rapat, ramai orang jelouse tengok kami empat orang ni. Semua pelik kenapa kitaorang boleh rapat and tak macam adik-beradik yang lain. Aku takde lah rasa ape-ape pun, tapi bila diorang cakap baru aku terasa. Aku kadang-kadang sedih tengok kawan-kawan aku yang cakap diorang nak adik-beradik macam aku, ini membuatkan aku rasa bersyukur dan hargai sangat abang-abang dan adik aku yang sorang tu..




Eh. yang bersandar dekat abang tulah saya, maklumlah adik abang lah katakan =), yang minum susu tu the only one adik kami yang paling bongsu, and yang Korek hidung itu sirajmunir , dulu bukan main kurus lagi, sekarang gemuk bukan main. haha

*.Aku sayang abang-abang dan adik aku. Tak boleh hidup ooo tanpa diorang. Tanpa diorang hilanglah tawa dalam dirikku (nampak ayat jiwang) haha. Em kalau korang tanya macam mana kami boleh rapat ? aku tak tahu nak jawab ape, yang aku boleh cakap, mungkin kami sudah dilatih dari kecil rapat macam ni. Kami susah senang bersama. Hari ini abang-abang saya dah berjaya and jadi insan yang berguna kepada negara dan bangsa. haha(ayat propa) saya bangga dengan abang-abang saya .  

Aku cerita contoh kami hidup susah senang bersama :

*Rumah aku dulu kalau korang nak tahu ada pokok mangga, rambutan, nangka, mata kucing dan sabagainya. hehe , buah durian je takde =) . Disebabkan rumah aku banyak buah lagi-lagi musim buah. Kitaorang xdelah teruk sangat makan sampai muntah-muntah, haha. So untuk mengelak dari makan sampai muntah , Kami empat orang kumpul buah banyak-banyak, lepastu Buka satu meja , sediakan Penimbang, dan Kami JUAL BUAH DEPAN RUMAH  :)
Alhamdulillah buah-buah yang kami jual LAKU! 

*Disebabkan kami pernah jual buah maka semangat ingin buat bisnus semakin meningkat. Ada satu masa aku dan keluarga mengalami masalah kewangan yang agak CRATICAL! So kami mana boleh tengok ayah dan umi susah payah dua orang je. Jadi kami empat beradik yang bersatu padu ini membuka satu bisnus iaitu 
MAS BURGER. 
HAAA !eh mestilah laku juga burger kami ni, siap ada pelanggan tetap , orang datang cakap 
'dik macam biasa' aku dengan abang aku pun kadang-kadang tersilap and terpaksalah tanya. hehe.  eh lupa puloooooook! abang-abang saya tukang masak, saya tukang bungkus *jangan pandang rendah dekat saya.Oh adik aku boss, jaga duit (Y)

*Tu kalau bisnus, kami adik-beradik kalau nak beli sesuatu, mana ada minta terus dekat umi dan ayah, kami berusaha sendiri, dengan cara CARI TIN DAN JUAL TIN, banyaaaakkk ooo dapat. 
(nampak tak kteorang tak reti duduk rumah) hehe. tapi melakukan aktiviti berfaedah. Kami buat ni sama-sama tawuuk. Duit yang dapat nanti kami bagi sama rata , kalau ada lebih ktorang masukkan dalam tabung sebab Umi ajar menabung dari kecil =)

HAAAA ! banyak lagi kami buat masa dulu. Sekarang semua dah dewasa =)


Takde lah dewasa sangat, aku dengan si scha ni stiil under age okay, yang pertama dari kiri Abang yang banyak membimbing adik-adiknya supaya menjadi seorang remaja yang berguna,
Muhammad Azraf Shah bin Azman Shah a.k.a abang acab saya sangat garang dan kami semua takut apabila dia SERIUS =O.. Walaupun abang saya ni kuat marah, tapi kalau dia marah and adik dia menangis, mesti dia senyap, sebab tak boleh tahan dengan air mata adik. Dia juga CHEF kami , dia masak memang terbaik, Maggi boleh jadi Mee Hotel Five Star. hehe 

Yang kedua tu saya. TUUUUUUT! buat ape nak cerita pasal aku. haha. Yang ketiga my sister, 
Nur Aishah Afiqah Binti Azman Shah nama glamour Scha *konon-konon artis. Dia ni je yanng sekolah sekarang ni, haha. Dia paling kecil tapi dia lah yang paling susah jaga, macam-macam ragam budak kecik ni. Tapi dia seorang adik yang dengar cakap, melawan sikit-sikir adatlah. Ha dia ni kalau bab online memang ketagih gila lah , so aku dengan abang-abang tengah kawal dia dari online. Lagi satu , umur dah form 4 tapi perangai macam budak 'kurang pandai' , tapi aku bersyukur juga lah sebab dia tak macam budak-budak zaman sekarang yang 'terlebih pandai' faham lah maksud aku ape. haha.

HA! yang last tu, gambar lain sikit tu, abang kedua aku Muhamad Afiq Muiz Bin Azman Shah. Dia seorang abang yang sangat slow dan cool. haha. Tapi kalau dia naik angin, macam bom ooooo!! haha. Dia ni seorang yang sangat-sangat caring dan sharing. =) . Tapi aku menjirap dia ni suka buat sepah , bukan aku jee, umi pun tak boleh tahan dengan dia punya bersepah. haha.

*Persamaan yang paling ketara antara kami adik-beradik ialah kami semua 
SEORANG YANG SANGAT SENSITIVE so berhati-hatilah dengan kami. Paling teruk aku lah, kalau tengok orang menangis pun aku boleh join sekali nangis walaupun aku tak tahu kenapa dia nangis, aku cuba buang tabiat ni, tapi tak boleh. haha. =)

Teharu sangat baca post ini. Sayangilah adik-beradik anda , kerana mereka akan ada dengan anda walaupun susah dan senang dan hubungan ini tidak akan terputus sama sekali. Kasih sayang akan sampai ke akhir hayat.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ptt la itam jee . upe ad taip ppe kat situ . LOL
    hmm memg bes fmly afiq .
    :)

    ReplyDelete
  3. Haha.
    Hmm, zaman skrg memang susah nak jumpa adik- beradik yang rapat to each other. So, kita kena lah bersyukur selalu coz we have this kind of family :)

    Anyway, all the best! :D

    ReplyDelete
  4. Cover blog awak handsome sangat la
    *Blushing! Blushing! Blushing!

    ReplyDelete