cerite ni lepu sikit....td pagi aku bangun pastu makan!!! lupe nk gosok gigi....mak ai....pastu terus buat kerja rumah.....kemas2 punye kemas....tgk jam dah pukul 6petang.....tak mandiiiii!!!!!!nahaiiii.....ketiak bau nangke busuk la siottttttt...............bak kate tue.....tu diakkkkk katiak apa bau lagu ni....!!!!! harini ni je crite aku....lepu....sebab xde bende nk buat.....!!!! igt nk main futsal....tp dah pukul 11 malam...umie marah kluar malam....pastu aku kene marah x habis2 sebab x buang sampah......soryy umie.....:D
AFIQ MUIZ :)
Sunday, 22 January 2012
Wednesday, 11 January 2012
Sibling my soul
Asalammualaikum!
Tadi duduk diam, tiba-tiba adik Afiq , Nursirajmunir Binti Azman Shah update about kami empat orang adik beradik, sangat touching bila afiq baca post ini. Afiq sayangkan adik-adik dan abang saya. Kalau afiq cerita macam ulang jee , so afiq Copy and Paste cerita my sis ni. hehe. (Dia tak kisah okay) :)
So ini cerita kami empat orang yang dilahirkan Oleh umi Hasliza Binti Muhamad, afiq sayang umi sangat-sangat , tanpa umi tiada lah afiq dapat adik-beradik yang Indah macam ni .
Emm, aku bersyukur sangat sebab adik-beradik aku sangat rapat each other! Tipu lah kalau aku cakap tak pernah gaduh, kami kalau gaduh sampai pecah-pecah rumah tu. haha! tapi kami jarang gaduh lagi-lagi aku sebab aku BAIK! =P
Sebenarnya aku duduk tengok2 video and gambar adik-beradik aku ni haa, comel sangat and teringin nak share dengan awoookkk semua pasal adik-beradik saya (Y). Bukan aku yanng cakap kami ni rapat, ramai orang jelouse tengok kami empat orang ni. Semua pelik kenapa kitaorang boleh rapat and tak macam adik-beradik yang lain. Aku takde lah rasa ape-ape pun, tapi bila diorang cakap baru aku terasa. Aku kadang-kadang sedih tengok kawan-kawan aku yang cakap diorang nak adik-beradik macam aku, ini membuatkan aku rasa bersyukur dan hargai sangat abang-abang dan adik aku yang sorang tu..
Eh. yang bersandar dekat abang tulah saya, maklumlah adik abang lah katakan =), yang minum susu tu the only one adik kami yang paling bongsu, and yang Korek hidung itu sirajmunir , dulu bukan main kurus lagi, sekarang gemuk bukan main. haha
*.Aku sayang abang-abang dan adik aku. Tak boleh hidup ooo tanpa diorang. Tanpa diorang hilanglah tawa dalam dirikku (nampak ayat jiwang) haha. Em kalau korang tanya macam mana kami boleh rapat ? aku tak tahu nak jawab ape, yang aku boleh cakap, mungkin kami sudah dilatih dari kecil rapat macam ni. Kami susah senang bersama. Hari ini abang-abang saya dah berjaya and jadi insan yang berguna kepada negara dan bangsa. haha(ayat propa) saya bangga dengan abang-abang saya .
Aku cerita contoh kami hidup susah senang bersama :
*Rumah aku dulu kalau korang nak tahu ada pokok mangga, rambutan, nangka, mata kucing dan sabagainya. hehe , buah durian je takde =) . Disebabkan rumah aku banyak buah lagi-lagi musim buah. Kitaorang xdelah teruk sangat makan sampai muntah-muntah, haha. So untuk mengelak dari makan sampai muntah , Kami empat orang kumpul buah banyak-banyak, lepastu Buka satu meja , sediakan Penimbang, dan Kami JUAL BUAH DEPAN RUMAH :)
Alhamdulillah buah-buah yang kami jual LAKU!
*Disebabkan kami pernah jual buah maka semangat ingin buat bisnus semakin meningkat. Ada satu masa aku dan keluarga mengalami masalah kewangan yang agak CRATICAL! So kami mana boleh tengok ayah dan umi susah payah dua orang je. Jadi kami empat beradik yang bersatu padu ini membuka satu bisnus iaitu
MAS BURGER.
HAAA !eh mestilah laku juga burger kami ni, siap ada pelanggan tetap , orang datang cakap
'dik macam biasa' aku dengan abang aku pun kadang-kadang tersilap and terpaksalah tanya. hehe. eh lupa puloooooook! abang-abang saya tukang masak, saya tukang bungkus *jangan pandang rendah dekat saya.Oh adik aku boss, jaga duit (Y)
*Tu kalau bisnus, kami adik-beradik kalau nak beli sesuatu, mana ada minta terus dekat umi dan ayah, kami berusaha sendiri, dengan cara CARI TIN DAN JUAL TIN, banyaaaakkk ooo dapat.
(nampak tak kteorang tak reti duduk rumah) hehe. tapi melakukan aktiviti berfaedah. Kami buat ni sama-sama tawuuk. Duit yang dapat nanti kami bagi sama rata , kalau ada lebih ktorang masukkan dalam tabung sebab Umi ajar menabung dari kecil =)
HAAAA ! banyak lagi kami buat masa dulu. Sekarang semua dah dewasa =)
Takde lah dewasa sangat, aku dengan si scha ni stiil under age okay, yang pertama dari kiri Abang yang banyak membimbing adik-adiknya supaya menjadi seorang remaja yang berguna,
Muhammad Azraf Shah bin Azman Shah a.k.a abang acab saya sangat garang dan kami semua takut apabila dia SERIUS =O.. Walaupun abang saya ni kuat marah, tapi kalau dia marah and adik dia menangis, mesti dia senyap, sebab tak boleh tahan dengan air mata adik. Dia juga CHEF kami , dia masak memang terbaik, Maggi boleh jadi Mee Hotel Five Star. hehe
Nur Aishah Afiqah Binti Azman Shah nama glamour Scha *konon-konon artis. Dia ni je yanng sekolah sekarang ni, haha. Dia paling kecil tapi dia lah yang paling susah jaga, macam-macam ragam budak kecik ni. Tapi dia seorang adik yang dengar cakap, melawan sikit-sikir adatlah. Ha dia ni kalau bab online memang ketagih gila lah , so aku dengan abang-abang tengah kawal dia dari online. Lagi satu , umur dah form 4 tapi perangai macam budak 'kurang pandai' , tapi aku bersyukur juga lah sebab dia tak macam budak-budak zaman sekarang yang 'terlebih pandai' faham lah maksud aku ape. haha.
HA! yang last tu, gambar lain sikit tu, abang kedua aku Muhamad Afiq Muiz Bin Azman Shah. Dia seorang abang yang sangat slow dan cool. haha. Tapi kalau dia naik angin, macam bom ooooo!! haha. Dia ni seorang yang sangat-sangat caring dan sharing. =) . Tapi aku menjirap dia ni suka buat sepah , bukan aku jee, umi pun tak boleh tahan dengan dia punya bersepah. haha.
*Persamaan yang paling ketara antara kami adik-beradik ialah kami semua
SEORANG YANG SANGAT SENSITIVE so berhati-hatilah dengan kami. Paling teruk aku lah, kalau tengok orang menangis pun aku boleh join sekali nangis walaupun aku tak tahu kenapa dia nangis, aku cuba buang tabiat ni, tapi tak boleh. haha. =)
Teharu sangat baca post ini. Sayangilah adik-beradik anda , kerana mereka akan ada dengan anda walaupun susah dan senang dan hubungan ini tidak akan terputus sama sekali. Kasih sayang akan sampai ke akhir hayat.
Thursday, 5 January 2012
sayur 10 sen , gula2 getah 90 sen pon boleh....
aslammualaikum. :) ~afiq~
Semua orang mesti ada cerita yang menarik 'masa kecil' yang tidak dapat dilupakan, afiq juga ada cerita yang ingin di kongsikan bersama anda semuua (have fun)haha
Cerita semasa saya berumur 7 tahun.
Semua orang mesti ada cerita yang menarik 'masa kecil' yang tidak dapat dilupakan, afiq juga ada cerita yang ingin di kongsikan bersama anda semuua (have fun)haha
Cerita semasa saya berumur 7 tahun.
kediaman saya ketika itu di sri manjung PERAK.
"HASLIZA MOHAMAD" umie saya satu-satunya yang cool dalam dunia ni. selalunya umie akan suruh saya pergi ke kedai untuk membeli barang dapur, adakalanya "abang" AZRAF SHAH menemani saya ,
umie beri RM1.00 untuk saya beli sayur kacang panjang!!!!!!!!,jarak antara rumah dengan kedai agak jauh 500m...agak la tak jauh sangat pun....hehe.
~dilog sikit hehe~
umie:-afiq beli sayur kacang panjang 1 tau! "maksud umie 1 ringgit"
afiq:-"terus set 1" baik lah umie.:) hehe....
afiq pun naik basikal tayar sponge warna warni!! dengan rambut petak ,gigi tidak ada , dengan yakin kayuh basikal laju-laju....!
sampai di kedai runcit itu saya pun dengan yakin ambil 1 batang kacang panjang sambil melihat pelbagai jenis gula2 getah hijau ade!kuning ade,putih ade,biru pun ade dalam masa yang sama ! tauke kedai memandang sinis pada saya...kenape??????
~dilog sikit~
tauke:- kenape kamu ambil sebatang aje...?
afiq:- mak saya kata 1 je !
tauke :- betol ni ?
afiq:- betul pakcik....! brape ni pakcik?
tauke:-entah le... 10sen je
saya pun keluarkan RM1 tadi beri pada tauke..dan tauke bagi baki 90sen......dalam hati pun berkate2, wahhhh ade baki 90sen la.... boleh la beli gula-gula getah.....
ahaaaaaa!!!!!!! tak tahu!!!!!!!! maksud umie 1 ringgit!!!!!
letak sayur dalam bakul !!!afiq pun kayuh basikal pulangggggg.....sampai rumah tunjuk sayur depan umie....amie pandang afiq lame2....pastu umie gelak kuat2....hahahhahahhahahahah! betuah punya budak....afiq yang kamu beli 1 batang kenape? amboiiiiiii....chewing gum 90sen! abang ,adik2 semue gelak....
Cerita ini akan diingati sampai bila-bila dan akan kekal sebagai kenangan manis dalam hidup afiq ;)
Wednesday, 4 January 2012
Syukur Alhamdulillah!
Asalammualaikum. Alhamdulillah afiq baru sahaja selesai melakonkan watak sebagai IZRAEL dalam drama AISHITERU (sebulan setengah taw afiq shoot)*penat hehe soooooo
Jangan lupa menonton drama bersiri afiq yang pertama ini. Harap semua dapat menerima lakonan afiq, saya dah cuba yang terbaik untuk anda semua =)
Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang pengambaran dijalankan, banyak juga ilmu yang afiq timba dari pelakon-pelakon senior iaitu Dato Jalalludin Hassan sebagai my datuk yang garang dan penyayang and paling best suka buat lawak dalam set pegambaran . dan tidak lupa juga kepada Wan Nor Azlin yang banyak memberi semangat dan tunjuk ajar , Terima kasih yang teramat sangat, kata-katanya akan afiq bawa sebagai panduan di masa hadapan =)
Semasa pengambaran ini ada satu hari tu, afiq kena baling MEE dekat kepala dengan Erin Malik, Scene tu akan keluar minggu depan lah if i not wrong (johan sikit). Tu baru Mee ,Disebabkan cerita ini banyak shoot dekat tepi laut , ianya meniggalkan kesan kepada kulit afiq, HITAAAAM!!! tidaaaak! hehe . Dah lah hitam , ramai yang tidak tahu afiq ini sebenarnya mabuk laut , tapi depan director terpaksa lah buat-buat cool (anyway thanks director) yang banyak marah afiq tapi itu semua untuk kebaiukan juga kan? haha
cerita paling perit,terik,jerit yang tak dapat dilupakan adalah semasa episod 13 dimana afiq terpaksa bergayut di besi panas dan menyebabkan tangan afiq Melecur. Atoooiii yai nyee punn!! sebenarnya afiq sakit tapi terpaksa tahan untuk teruskan pengambaran.Dan lagi satu afiq terpaksa POTONG RAMBUT. Nak tahu kenapa afiq bergayut dekat besi panas dan korbankan rambut afiq ?
Saksikan Aishiteru ,setiap khamis ,8.30 malam di TV9 (dekat dihati)
Thanks sudi baca . Love you all =)
Subscribe to:
Posts (Atom)